Cikgu HiewLS
Teacher SMKE
Full Member

Offline
Posts: 119
|
 |
« on: November 04, 2008, 09:49:33 AM » |
|
24- 31 Oktokber 2008 PENGENALAN
SAFARI MEMBACA merupakan aktiviti JAWATANKUASA GERAKAN TABIAT MEMBACA NEGERI yang bertujuan untuk mengglakkan dan meyemai amalan membaca dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini dinamakan SAFARI MEMBACA kerana aktiviti membaca yang dirancang akan dijalankan secara bergerak dan kesinambunngan dari bahagian utara sehinggalah selatan Sarawak.
Aktiviti ini dilaksanakan sempena dengan Sambutan Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia pada tahun ini. Oleh yang demikian, SAFARI MEMBACA dirancang untuk dijalankan selama 45 jam denngan melibatkan 45,000 murid ke peringkat Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari seluruh.
MATLAMAT
Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup dalam kalangan pelajar.
OBJEKTIF
- Menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar. - Mendedahkan peserta kepada keseronokan membaca. - Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat bahawa galakan amalan membaca dalam kalangan pelajar adalah tanggungjawab bersama ahli masyarakat. - Mendedahkan peserta kepada pelbagai kemahiran dan teknik membaca.
TEMA
"Bacalah Untuk Bijaksana"
AKTIVITI
SAFARI MEMBACA
- Merupakan aktiviti perdana iaitu satu aktiviti membaca selama 45 jam yang melibatkan 45,000 pelajar di seluruh Sarawak. - Setiap Bahagian diperuntukkan masa selama 4 jam 10 minit. - Tarikh yang dicadangkan ialah dari 24 Oktokber – 31 Oktokber 2008.
AKTIVITI SAMPINGAN
i) Cerita Saya
- Satu pertandingan bercerita selama 3-4 minit seorang pelajar. - Terbuka kepada palajar Tahun 2-5 dalam SATU kategori sahaja. - Cerita yang dipilih hendaklah merujuk salah satu atau lebih Nilai-nilai murni dalam KBSR. - Cerita akan dinilai daripada aspek kreativiti persembahan, kelancaran pertuturan, menghibur dan dapat menyampaikan nilai murni dengan jelas, atau criteria penilaian yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pertandingan.
ii) Dengarlah Sayang
- Pertandingan membaca bercerita secara berpasangan antara ibu bapa dengan anak yang disertai oleh pelajar Pra sekolah dan Tahun 1. - Cerita disampaikan dalam Bahasa Inggeris sahaja.
iii) Info Hunt - Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 dan Sekolah Menengah dari Tingkatan 1-4. - Setiap peserta diminta mencari maklumat secara TEPAT dan CEPAT daripada soalan-seolan yang telah disediakan. (Menggunakan Google) - Semua arahan dan seolan pertandingan adalah dalam Bahasa Inggeris.
iv) Kuiz Komsas
- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 5 sahaja. - Seolan kuiz adalah tentang asoek-aspek yang terdapatdalam Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS) yang diajarkan kepada pelajar di Tingkatan 4 dan 5. i) Novel Terminal Tiga ii) Novel Setegah Karang iii) Antologi Anak Laut iv) Antologi kerusi
v) Forum Membaca
- Terbuka kepada Pelajar Tingkatan 4 dan 5 - Satu pasukan terdiri daripada 4 orang panel: seorang pengerusi dan 3 orang, - Tajuk –tajuk forum adalah menbicarakan skop pembacaaan seperti Usaha Menyemai Budaya Membaca, Pentingnya Amalan Membaca, Membaca Jambatan ilmu dan sebagainnya.
vi) Can You Spell It?
- Terbuka kepada Kategori Sekolah Menengah dan sekolah rendah. - Soalan-seolan akan diesdiakan oleh satu Jawatankuasa Kecil yang mengikut bacaan seperti yang ditetapkan dalam KBSR dan KBSM.
vii) Pesta Buku
- Setiap negeri digalakkan menganjurkan Peata Buku Sebagai salah satu aktiviti Galakan Tabiat Membaca di Peringkat Negeri. - Pesta Buku Mini boleh diadakan sebelum Safari Membaca dilaksankan.
viii) Wakaf Buku
- Sub tema “ Pelajar Membaca Generasi Perkasa” - Kotak-kotak yang dikumpulkan di agensi-agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta sehingga 16 September 2009. - Buku-buku yang dikumpulkan nanti akan diedarkan kepada sekolah sekolah kecil di kawasan Bandar dan pedalaman oleh YAB Ketua Menteri pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian nanti.
|