Welcome, Guest. Please login or register.
July 24, 2014, 06:40:12 PM
Home Help Search Calendar Login Register
News: SMF - Just Installed!

+  smkengkilili.com
|-+  Cocuriculum
| |-+  Academic & Social Club
| | |-+  PNB
| | | |-+  PERTANDINGAN KUIZ PELABURAN PNB PERINGKAT NEGERI
0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: PERTANDINGAN KUIZ PELABURAN PNB PERINGKAT NEGERI  (Read 2843 times)
Cikgu Chong YL
Teacher SMKE
Hero Member
*
Offline Offline

Posts: 1031



View Profile Email
« on: July 05, 2011, 08:46:31 AM »

PERTANDINGAN KUIZ PELABURAN PNB PERINGKAT NEGERI SARAWAK (KATEGORI SEKOLAH MENENGAH)


1.0   OBJEKTIF
   i.   Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang pelaburan, unit  amanah serta latar belakang dan produk-produk PNB.
ii.   Memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang perancangan kewangan.
iii.   Mendidik para pelajar secara langsung mengenai konsep risiko dan pulangan.
iv.   Menguji pengetahuan pelajar tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan.
v.   Mewujudkan generasi celik pelaburan dengan menanam minat para pelajar terhadap dunia pelaburan dan perancangan kewangan.

2.0   PENYERTAAN
   i.   Pertandingan ini dibuka kepada para pelajar Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara.
ii.   Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 3 orang peserta.
iii.   Setiap pasukan mestilah diiringi oleh seorang guru pengiring.
iv.   Peserta pasukan digalakkan diwakili oleh pelbagai kaum.
v.   Mana-mana peserta boleh diganti dengan peserta lain dalam mana-mana peringkat pertandingan tetapi pengagihan hadiah jika dimenangi menjadi tanggungjawab pasukan berkenaan. Sebarang pertukaran peserta atau butir-butir peserta mestilah dimaklumkan kepada Urusetia Pertandingan.
vi.   PNB akan menyediakan penginapan dan makanan kepada para peserta yang layak ke Peringkat Separuh Akhir/ Akhir termasuk guru pengiring masing-masing.
3.0
3.1   FORMAT PERTANDINGAN
Peringkat Suku Akhir/ Negeri

   i.   3 buah sekolah yang mendapat markah purata tertinggi dalam ujian bertulis dari setiap negeri akan bertanding di peringkat ini.
ii.   Pertandingan dijalankan dalam bentuk "gameshow" di sekolah-sekolah Kelab Pelaburan Bijak PNB terpilih di setiap negeri.
iii.   Masa pertandingan: 2.00 petang hingga 4.30 petang.

3.2   Peringkat Separuh Akhir
   i.   Peringkat ini juga dijalankan dalam bentuk "gameshow" di Kuala Lumpur.
ii.   Pertandingan dijalankan dalam 3 sesi dan dalam setiap sesi 5 pasukan akan bertanding bagi memilih satu pasukan yang akan ke peringkat akhir.
iii.   Tarikh pertandingan: 25 Julai 2011.
iv.   Masa prtandingan: 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

3.3   Peringkat Akhir
   i.   Peringkat ini akan dijalankan secara "gameshow".
ii.   Tarikh Pertandingan: 26 Julai 2011.
iii.   Masa pertandingan: 2.00 petang hingga 4.15 petang.
Nota:  Tarikh-tarikh dan masa pertandingan seperti yang tertera di atas adalah   tertakluk kepada perubahan.

4.0   PANEL HAKIM DAN JURUAUDIT
   i.   Pertandingan akhir akan diadili oleh 3 orang hakim iaitu dari PNB, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Dewan Bahasa & Pustaka.
ii.   Seorang juruaudit luar akan dilantik bagi memantau pertandingan ini.

Logged
Cikgu Chong YL
Teacher SMKE
Hero Member
*
Offline Offline

Posts: 1031



View Profile Email
« Reply #1 on: July 05, 2011, 08:48:33 AM »

5.0    KONSEP GAMESHOW (PERINGKAT SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR & AKHIR)
5.1    Konsep Umum Gameshow
5.1.1 Papan Portfolio (PP)
i.   PP merupakan papan digital yang mengandungi 208 petak bernombor, tersusun dalam 13 barisan dan 16 lajur.
ii.   PP ini akan dipaparkan di atas skrin yang terletak di atas pentas. Di akhir pertandingan, bilangan petak yang dimiliki peserta akan menentukan pemenang.
iii.   Bagi setiap jawapan yang betul, petak pilihan peserta akan bertukar warna mengikut warna kumpulan peserta tersebut (Merah, Biru atau Kuning), menandakan mereka telah memiliki petak tersebut.
iv.   Manakala bagi setiap jawapan yang salah, peserta akan diminta menjual/ menyerahkan kembali mana-mana petak mereka berdasarkan tahap risiko yang dipilih (sila rujuk Konsep Terperinci Gameshow).

5.1.2   Soalan Interaktif
i.   Setiap soalan yang diajukan kepada peserta adalah berbentuk objektif dengan pilihan jawapan A, B, C dan D.
ii.   Sebelum memilih soalan, peserta diminta memilih tahap risiko yang diingini (bagi Segmen 1 dan Segmen 2 sahaja).
iii.   Bagi Segmen 3, tahap risiko soalan akan ditentukan oleh pihak penganjur (sila rujuk maklumat lanjut mengenai Segmen 3)
iv.   Tahap risiko yang dipilih peserta akan menentukan bilangan petak yang akan diperolehi/ diserah kembali oleh peserta seperti berikut:

No.   Tahap Risiko   Jawapan Betul   Jawapan Salah/ Tidak Menjawab
1   Tinggi   Peserta boleh memiliki tiga petak   Peserta perlu menyerah kembali dua petak
2   Sederhana   Peserta boleh memiliki dua petak   Peserta perlu menyerah kembali satu petak
3   Rendah   Peserta boleh memiliki satu petak   Peserta tidak perlu menyerah kembali mana-mana petak


5.2   Konsep Terperinci Gameshow
 Gameshow ini terbahagi kepada 3 segmen iaitu:
5.2.1   Segmen 1: Segmen Pengumpulan Markah Individu
   i.   Segmen ini mengandungi 3 pusingan, dengan 9 soalan.
ii.   Setiap peserta akan menjawab 1 soalan mengikut giliran.
iii.   Perbincangan adalah tidak dibenarkan sesama ahli kumpulan.
iv.   Setiap soalan perlu dijawab dalam masa:
•   10 saat bagi risiko rendah
•   7 saat bagi risiko sederhana
•    5 saat bagi risiko tinggi
v.   Langkah-langkah yang perlu dilalui peserta bagi mengumpul petak dalam segmen ini ialah seperti berikut:
•   Memilih tahap risiko
•   Memilih soalan yang ingin dijawap berdasarkan nombor yang terpapar di atas skrin.
•   Menjawab soalan
•   Memilih mana-mana kotak yang diingini di dalam PP sekiranya jawapan yang diberikan betul atau menyerah kembali mana-mana petak sekiranya jawapan diberikan salah (bagi soalan risiko sederhana dan tinggi sahaja)
Logged
Cikgu Chong YL
Teacher SMKE
Hero Member
*
Offline Offline

Posts: 1031



View Profile Email
« Reply #2 on: July 05, 2011, 08:49:00 AM »

   vi.   Bilangan soalan yang ditawarkan untuk setiap tahap risiko adalah terhad seperti berikut:
•   Risiko rendah - 10 soalan
•   Risiko sederhana - 10 soalan
•   Risiko tinggi - 10 soalan
vii.   Bagi setiap jawapan yang betul, peserta akan memiliki kotak pilihan mereka, berdasarkan tahap  risiko yang dipilih.
viii.   Bagi setiap soalan yang salah atau tidak dijawab, peserta akan diminta menyerahkan kembali mana-mana petak  yang telah mereka miliki.
ix.   Akan tetapi, jika peserta masih belum memiliki mana-mana petak, mereka akan diberikan markah negatif menandakan mereka berhutang petak.
x.   Markah negatif ini akan dipaparkan di atas skrin yang terletak di hadapan meja peserta.
xi.   Nilai markah negatif ini bergantung kepada tahap risiko yang dipilih peserta.
xii.   Soalan yang tidak dijawab dengan betul atau tidak dijawab tidak akan dibuka kepada peserta lain. Jawapan bagi soalan tersebut pula akan dibuka untuk makluman kepada penonton dan peserta.

5.2.2   Segmen 2: Segmen Pengumpulan  Markah Berkumpulan

i.   Segmen ini mengandungi 7 pusingan, dengan 21 soalan.
ii.   Setiap kumpulan akan menjawab 7 soalan mengikut giliran
iii.   Perbincangan adalah dibenarkan sesama ahli kumpulan.
iv.   Setiap soalan perlu dijawab dalam masa:
•   10 saat bagi risiko rendah
•   7 saat bagi risiko sederhana
•   5 saat bagi risiko tinggi
v.   Langkah-langkah yang perlu dilalui kumpulan bagi mengumpul petak adalah sama seperti Segmen 1 iaitu:
•   Memilih tahap risiko
•   Memilih soalan yang ingin dijawab berdasarkan nombor yang terpapar di atas skrin
•   Menjawab soalan
•   Memilih mana-mana kotak yang diingini di dalam PP sekiranya jawapan yang diberikan betul atau menyerah kembali mana-mana petak sekiranya jawapan diberikan salah (bagi soalan risiko sederhana dan tinggi sahaja).
vi.   Bilangan soalan yang ditawarkan untuk setiap tahap risiko adalah terhad seperti berikut:
•   Risiko rendah - 10 soalan
•   Risiko sederhana - 10 soalan
•   Risiko tinggi - 10 soalan
vii.   Bagi setiap jawapan yang betul, kumpulan akan memiliki kotak pilihan mereka, berdasarkan tahap risiko yang dipilih.
viii.   Bagi setiap soalan yang salah atau tidak dijawab, peserta akan diminta menyerahkan kembali mana-mana petak yang telah mereka miliki.
ix.    Akan tetapi, jika peserta masih belum memiliki mana-mana petak, mereka akan diberi markah negatif  menandakan mereka berhutang petak.
x.   Markah negatif ini akan dipaparkan di atas skrin yang terletak di hadapan meja peserta.
xi.   Nilai markah negatif ini bergantung kepada tahap risiko yang dipilih peserta.
xii.   Soalan yang tidak dijawab dengan betul atau tidak dijawab tidak akan dibuka kepada kumpulan lain. Jawapan bagi soalan tersebut pula akan dibuka untuk makluman kepada penonton dan peserta.
« Last Edit: July 05, 2011, 08:51:09 AM by Cikgu Chong YL » Logged
Cikgu Chong YL
Teacher SMKE
Hero Member
*
Offline Offline

Posts: 1031



View Profile Email
« Reply #3 on: July 05, 2011, 08:49:19 AM »

5.2.3   Segmen 3: Segmen Siapa Cepat
   i.   Segmen ini hanya mengandungi 1 pusingan, dengan 15 soalan.
ii.   Langkah-langkah yang perlu dilalui peserta untuk menjawab soalan adalah berbeza dengan Segmen 1 dan Segmen 2.
iii.   Dalam segmen ini, peserta perlu menekan “buzzer” bagi menjawab soalan yang diajukan oleh jurukuiz.
iv.   Kumpulan yang menekan “buzzer” terlebih dahulu (selepas isyarat menekan diberikan oleh jurukuiz) akan menjawab soalan tersebut.
v.   Dalam segmen ini peserta tidak perlu memilih tahap risiko. Tahap risiko soalan adalah ditentukan oleh pihak penganjur.
vi.   Sekiranya “buzzer” telah ditekan, peserta perlu terus menjawab soalan dalam masa:
•   10 saat bagi risiko rendah
•   7 saat bagi risiko sederhana
•   5 saat bagi risiko tinggi
vii.   Bagi setiap jawapan yang betul, peserta akan diberikan kotak pilihan mereka, berdasarkan tahap risiko soalan.
viii.   Bagi setiap soalan yang salah atau tidak dijawab, peserta akan diminta menyerahkan kembali mana-mana petak yang telah mereka miliki. Akan tetapi, jika peserta masih belum memiliki mana-mana petak, mereka akan diberi markah negatif menandakan mereka berhutang petak. Markah negatif ini akan dipaparkan di atas skrin yang terletak di hadapan meja peserta. Nilai markah negatif ini bergantung kepada tahap risiko yang dipilih peserta.
ix.   Soalan yang tidak dijawab dengan betul atau tidak dijawab tidak akan dibuka kepada peserta lain. Jawapan bagi soalan tersebut pula akan dibuka untuk makluman penonton dan peserta.
Nota: Konsep Gameshow tertakluk kepada perubahan
5.3   ‘Strike’
   i.   'Strike' merupakan satu keadaan apabila peserta berjaya memiliki lima (5) kotak sebaris samada secara melintang, menegak atau menyendeng.
ii.   Apabila keadaan ini berlaku, peserta tersebut akan ditawarkan dua pilihan seperti berikut:
•   Peserta boleh memilih mana-mana petak (satu petak sahaja) dan memiliki petak tersebut
•   Peserta boleh mengambil-alih mana-mana petak lawan (satu petak sahaja).
iii.   Dengan mendapat ‘strike’, peserta akan mendapat hak milik kekal bagi petak-petak yang membentuk ‘strike’ tersebut. Ini bermaksud kumpulan lain tidak boleh mengambil-alih petak-petak ini dan petak-petak juga tidak boleh dipulangkan sekiranya kumpulan yang memilikinya tidak menjawab soalan atau memberikan jawapan yang salah bagi tahap risiko sederhana atau tinggi.
iv.   Bagaimanapun, peserta tidak boleh menggunakan mana-mana petak strike sedia ada (iaitu petak yang telah digunakan untuk membentuk strike) bagi membentuk petak strike yang lain. Ini bermaksud, mana-mana petak yang membentuk strike tidak boleh digunakan sekali lagi untuk membentuk petak strike lain.
v.   Peraturan strike di atas terpakai bagi Segmen 1, Segmen 2 dan Segmen 3. Setiap kumpulan adalah digalakkan merancang strategi mereka bagi mendapatkan 'strike'.
5.4   Petak Bonus
   i.   Di dalam PP terdapat 10 petak bonus. Kedudukan petak-petak ini ditentukan oleh pihak penganjur dan peserta tidak mengetahui kedudukannya. Jika peserta berjaya menjawab soalan dengan betul dan petak pilihan mereka merupakan petak bonus, mereka akan ditawarkan dua pilihan seperti berikut:
•   Peserta boleh memilih mana-mana mana petak (satu petak sahaja) dan memiliki petak tersebut
•   Peserta boleh mengambil-alih mana-mana petak lawan (satu petak sahaja)
iii.   Sekiranya peserta memilih pilihan (1) di atas dan petak yang dipilih juga merupakan petak bonus, maka peserta tersebut akan ditawarkan pilihan (1) dan (2) di atas sekali lagi. Peraturan petak bonus ini juga terpakai bagi Segmen 1, Segmen 2 dan Segmen 3.
Logged
Cikgu Chong YL
Teacher SMKE
Hero Member
*
Offline Offline

Posts: 1031



View Profile Email
« Reply #4 on: July 05, 2011, 08:50:50 AM »

SENARAI PENYERTAAN PERTANDINGAN KUIZ PELABURAN PNB PERINGKAT NEGERI SARAWAK (Kategori Sekolah Menengah)

No   Nama Sekolah   
1   SMK Methodist, Sibu

Eileen Lau Yin Yien
Kong Hock Seng
Fiona Yong Yi Jing

2   SMK Chung Hua, Miri   
Ling Chuan Han
Denis Lim Geok Chong
Bianca Chai Yiing Yi

3   SMK St. Anthony, Sarikei   

Wong Chee Si Ang
Ling Shao Liang
Julia Ting Siau Fang
Logged
Cikgu Chong YL
Teacher SMKE
Hero Member
*
Offline Offline

Posts: 1031



View Profile Email
« Reply #5 on: July 07, 2011, 09:18:50 AM »

Tempat pertama

SMK Methodist, Sibu

Tempat kedua


SMK Chung Hua, Miri 

Tempat ketiga

SMK St. Anthony, Sarikei   

Tahniah
Logged
Pages: [1] Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  


Login with username, password and session length

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.17 | SMF © 2006-2008, Simple Machines Valid XHTML 1.0! Valid CSS!