Welcome, Guest. Please login or register.
April 20, 2014, 04:34:52 AM
Home Help Search Calendar Login Register
News: SMF - Just Installed!

+  smkengkilili.com
|-+  Committees
| |-+  Sudent Welfare
| | |-+  Bimbingan (Moderator: Cikgu Kullin)
| | | |-+  Kursus Kepimpinan Pengawas 2009
0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: Kursus Kepimpinan Pengawas 2009  (Read 3682 times)
Cikgu Kullin
Moderator
Jr. Member
*****
Offline Offline

Posts: 63


Unit Bimbingan & Kaunseling SMKE


View Profile Email
« on: February 04, 2009, 01:13:01 PM »

Kursus Kepimpinan Pengawas,

Tarikh  : 4  -  6  Februari 2009
Hari     : Rabu - Jumaat
Tempat: PSS, Dewan Tiang Laju & Gelanggang Serbaguna.
Sasaran : Semua pengawas Sesi 2008/2009

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2009

1.0. Pendahuluan.

Program ini dijalankan untuk bertujuan membimbing para pengawas agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan efisien. Selain itu juga program ini mendedahkan kepada para pengawas tentang tugas-tugas yang mencabar di sekolah. Pengawas juga didedahkan tentang cara pembahagian masa sebagai seorang pengawas dengan rutin –rutin kehidupan seorang pelajar. Pihak sekolah mahukan semua pengawas akan menjadi contoh kepada pelajar lain.

Di sepanjang program ini para pengawas juga diminta untuk menyediakan buku catatan untuk mencatat aktiviti. Antara perkara ditekankan ialah tentang semangat kerja berpasukan, hormat-menghormati, boleh dipercayai dan sentiasa bertanggungjawab terhadap apa saja tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dan mahir dalam pengucapan awam.

2.0.   Rasional :

Program ini dijalankan kerana ingin membimbing pelajar menjadi seorang pemimpin yang berjiwa cekal, bekerja bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dan sesungguhnya adalah untuk mendisiplin diri. Ia juga menekankan tentang kepentingan kerja berpasukan dalam satu organisasi serta menguasai kemahiran pengucapan awam.

3.0.   Objektif :

i.   Melahirkan insane yang seimbang selaras dengan FPK.
ii.   Melatih pelajar bertugas sebagai pembimbing dan pemimpin.
iii.   Menyemai bakat kepimpinan di kalangan pelajar yang berbakat.
iv.   Menjadikan seorang pelajar yang boleh membahagikan masa dalam menjalankan tugas dan belajar.
v.   Mahir dalam pengucapan awam khasnya menggendalikan majlis rasmi.
4..0.   Strategi / Aktiviti:

i.   Ceramah kepimpinan
ii.   Latihan Dalam Kumpulan(LDK)
iii.   Jungle Tracking
iv.   Taklimat daripada pihak pentadbir
v.   Membina Menara Kumpulan
vi.   Penilaian Program

5.0      Anggaran Perbelanjaan :

-   Bergantung kepada pihak sekolah.
-   Keperluan :    i. Fail Poket ( Kertas)
ii. Alat tulis
iii. Hamper Kecil
iv. Kain Putih/hitam
v. Manila kad & marker pen.
      
6.0   Sasaran:

-   Semua pengawas baru dan lama..

7.0   Tempat

-   Pusat Sumber SMK Engkilili
-   Dewan Tiang Laju
-   Bilik Komputer SMKE.
-   Gelanggang Serbaguna
   



8.0    AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi      :   Haji  Ismail Bin Haji  Jaya ( Pengetua)
Timb. Pengerusi    :    En. Mohd. Othman Bin Jaini ( PK HEM)
Bendahari      :   En, Manggat Impin
Timb. Bendahari   :   En. Rozy Bin Abu Bakar
Setiausaha      :   En. En. Kullin Djayang ( GBK)
Timb. Setiausaha   :   Cik Sabtuyah Binti Jiffri
Penceramah      :
Pengetua
En. Bandung Kudang (Penasihat Lembaga Pengawas)
En. Robert Denel (Ketua Waden)
En. Rozy abu Bakar
Cik Sabtuyah Jiffri
En. Kullin Djayang

Fasilitator      :   En. Rozy abu Bakar(Ketua)
            En. Kullin Djayang
            Cik Sabtuyah Jiffri
            GSTT
            
9.0.   AHLI JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi      :   PK HEM ( En. Mohd. Othman Jaini )
Naib Pengerusi   :   PK KK ( En. Jamil Mazuki)
Bendahari      :   En. Rozy Abu Bakar
Penyelaras      :   En. Kullin Djayang
Pen. Penyelaras   :   Cik Sabtuyah Jiffri
Ahli         :   En. Bandung Kudang (Penasihat Lembaga Pengawas)
En. Robert Denel (Ketua Waden)
GSTT

AJK Siaraya   :   Sdra. Douglas Tabor
         Sdra. Addyclyde Ibang

AJK Minuman   :   Sdri. Derryl Robin
         Sdri. Lorris Empar

AJK Peralatan   :   Sdra. Charles Sigoh
         Sdra. Frank Gibson Peter
         Sdra. Lai Jun Yong

AJK Urusetia   :    Sdra. Macdowell Banta
         Sdra. Arandell Bareng
         Sdra. Allyster Illa
         Sdri. Amylia Cornellius
         Sdri. Ditty Talut






10.0.    JADUAL AKTIVITI

-   Rujuk Lampiran 1








11.0   Penutup

Semoga dengan program seumpama ini para pengawas dapat menjadi seorang pengawas yang lebih berkualiti. Di samping itu mereka juga harus sedar tentang tugas-tugas mereka agar tiada percanggahan dengan aktiviti sekolah dan harian mereka.

Selain itu juga pihak pengelola berharap agar para pengawas akan menguasai kemahiran dalam Pengucapan Awam. Kemahiran ini amat perlu dalam bidang kepengawasan khasnya dan amat berguna untuk semua pelajar umumnya.

Pihak sekolah juga berharap agar dari kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu pengawas dalam menghadapi cabaran sebagai pengawas dan bersedia menghadapi liku-liku kehidupan agar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Akhir kata semoga berjaya dan selamat bertugas.

« Last Edit: February 04, 2009, 01:17:09 PM by kullindjayang » Logged

UBK SMKE : Anda Diterima Tanpa Syarat
Pages: [1] Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  


Login with username, password and session length

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.17 | SMF © 2006-2008, Simple Machines Valid XHTML 1.0! Valid CSS!