Cikgu Kullin
Moderator
Jr. Member
    
Offline
Posts: 63

Unit Bimbingan & Kaunseling SMKE
|
 |
« on: January 07, 2009, 02:55:39 PM » |
|
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN 2009
1.0. Pendahuluan.
Program ini dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah adalah bertujuan menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu pelajar baru seperti pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan membiasakan diri dengan keadaan suasana, persekitaran asrama dan sekolah. Selain itu juga, pelajar baru akan diajar untuk menepati waktu-waktu persekolahan, rehat, makan, minum dan rekreasi.
Pelajar juga diajak untuk berkenalan dengan warga sekolah yang lain khasnya Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Tingkatan, guru-guru, kakitangan sekolah dan para pelajar yang lebih senior. Dalam Program Orientasi ini pelajar dibawa melawat kawasan sekitar sekolah seperti Blok Pentadbiran, Blok Kelas, Makmal Komputer, Perpustakaan, Gelanggang Permainan serta Asrama lelaki dan perempuan. Antara aktiviti yang dirancang ialah seperti sesi Ice Breaking, Ucapan Pihak Pentadbir, Pendedahan tentang Disiplin sekolah dan Asrama, Latihan dalam kumpulan, ceramah dan Latihan Daya Ingatan ( Max Recall) serta dimuat juga slot penjelasan pembahagian buku teks. Selain itu, pelajar juga turut didedahkan dengan aktiviti selingan belajar Lagu Sekolah, Ikrar, lagu Kebangsaan dan lagu Negeri Sarawak.
Di sepanjang program pelajar juga diminta untuk menyediakan buku catatan untuk mencatat aktiviti dan mengambil tandatangan pengawas dan guru. Mereka juga diminta membuat tag nama dengan kertas manila dengan jelas sepanjang program berjalan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah dengan bantuan Pengawas sekolah.
Semoga dengan perancangan sebegini dapat membantu mengurangkan masalah HOME SICK dan rasa rendah diri di kalangan pelajar baru.
2.0 Matlamat.
• Melahirkan pelajar yang ada semangat motivasi diri yang tinggi • Melahirkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah • Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas dan kepimpinan untuk berusaha ke arah kecemerlangan • Melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan serta kreatif dan kritis dalam menangani cabaran dalam kehidupan
3.0. Objektif
I. Menyedar dan membina keyakinan diri pelajar melalui Latihan Dalam Kumpulan yang dijalankan. II. Memberi pengalaman dan pengetahuan baru tentang kehidupan di Sekolah Menengah. III. Membina daya tahan serta membentuk konsep kendiri yang tinggi di dalam diri pelajar. IV. Membina kecemerlangan pelajar berlandaskan wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara
4.0. Kumpulan Sasar
Modul ini dirangka khusus untuk Pelajar- pelajar Tingkatan Satu. Jumlah pelajar dalam lingkungan 300 orang.
5.0 Tempoh Perlaksanaan
Modul ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. ( Rujuk Lampiran Jadual Program )
Kaedah perlaksanaan :
Ice Breaking Latihan Dalam Kumpulan Perbincangan dalam kumpulan Ceramah/Taklimat Persembahan Senaman/Rekreasi Max recall/Ujian Diagnostik
6.0 Sumber Kewangan
Ini bergantung kepada peruntukan sekolah
7.0 Ahli Jawatan kuasa Induk
Pengerusi : Pengetua Setiausaha : PK HEM Naib Setiausaha : PKKK Bendahari : PT 1 Penyelaras : Guru Bimbingan dan Kaunseling Ahli : En. Robert Denel En. Balkis Naneng Semua Pengawas
8.0 Ahli Jawatan Kuasa Kerja
Pengerusi : PK HEM Penyelaras : Guru Bimbingan & Kaunseling
AJK Tugas Khas : Douglas Tabor Kelvin Geripin
AJK Siaraya : Mcdowell Banta Ditty Talut Kunsil
AJK Minuman : Milla Lajang Rospina Bada
AJK Kerusi Meja : Charles Sigoh Adeclyde Ibang Semua Pengawas Lelaki
AJK Kebersihan : Derryl Robin Lorris Empar Semua Pengawas Perempuan
Fasilitator : Semua Pengawas
9.0 Penutup.
Semoga Program yang telah dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Adalah menjadi harapan pihak sekolah supaya pelajar yang mengikuti program ini mendapat faedah dan manfaat dan seterusnya dapat belajar di SMK Engkilili dengan suasana belajar yang cemerlang dan harmoni.
Semoga SMK Engkilili, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta mencapai Visi sekolah iaitu menjadi Sekolah Harapan Negeri Tahun 2010.
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN SATU 2009
Masa / Tarikh 0715 - 0800 0800 - 1020 1020 1040 1040 - 1230 1230 1430 1430 1700
6 JAN
Selasa Taklimat Program
(En. Kullin)
Ice Breaking & Pembahagian Kumpulan
(En. Kullin & Pengawas)
REHAT Ucapan Selamat Datang
(Pengetua)
Merarau Taklimat peraturan Asrama
( Ketua Waden )
7 JAN
Rabu
0700 - 0930
Pembahagian Buku Teks
( Guru Buku Teks & Guru Tingkatan ) 0930 – 1020
LDK
(Cik Sabtuyah )
REHAT 1040 - 1230
Pengenalan Disiplin dan Peraturan Sekolah
(PK HEM)
Merarau Ceramah Pengaruh Rakan Sebaya
(En. Kullin)
8 JAN
Khamis
(0700 - 0730)
Taklimat Pagi
( En. Rozy ) (0730 – 0930)
Ujian Diagnostik
(En. Balkis) (0930 – 1020)
Lawatan Ke Seluruh Kaw Sekolah & Pengumpulan Tandatangan
(Pengawas)
REHAT Taklimat Kokurikulum
( PKKK )
Merarau Pengenalan Unit Bimbingan & Kaunseling & Pengumpulan T/tangan
(En.Rozy & Pengawas)
9 JAN
Jumaat 0700 – 0730
Taklimat Pagi
( Cik Sabtuyah) 0730 – 0900
Pengurusan Masa Pelajar
(En. Rozy ) 0900 – 1010
Kemahiran Belajar
( En. Kullin )
REHAT (1040 – 1120)
ACARA PENUTUPAN RASMI PROGRAM ORIENTASI TING. SATU 2009
(Pengetua ) 1120 – 1200
Taklimat Akhir Kursus
( En. Kullin & Pengawas)
|