Welcome, Guest. Please login or register.
April 25, 2014, 12:58:43 PM
Home Help Search Calendar Login Register
News: SMF - Just Installed!

+  smkengkilili.com
|-+  Committees
| |-+  Sudent Welfare
| | |-+  Bimbingan (Moderator: Cikgu Kullin)
| | | |-+  Anda ingin menjadi Pelajar Cemerlang?
0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: Anda ingin menjadi Pelajar Cemerlang?  (Read 2868 times)
Cikgu Kullin
Moderator
Jr. Member
*****
Offline Offline

Posts: 63


Unit Bimbingan & Kaunseling SMKE


View Profile Email
« on: March 05, 2010, 08:18:10 AM »

Peluang belajar di sekolah hanyalah sekali untuk setiap warganegara Malaysia. Oleh yang demikian, ambilah peluang ini dengan sebaik mungkin demi meningkatkan taraf hidup keluarga anda. Kecemerlangan akademik adalah penjamin masa depan. Bagaimana cara ingin menjadi pelajar yang cemerlang??

Persediaan Rutin Seorang Pelajar Cemerlang:

1. Menetapkan matlamat dan sasaran yang ingin dicapai.
2. Membina Misi dan Visi untuk menuju sasaran.
3. Merangka strategi untuk menuju sasaran dengan menggunakan Jadual Harian
    yang Sistematik agar tiada pembaziran masa.
4. Menggunakan masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
5. Membuat jadual belajar sendiri dan memanfaatkan waktu perdana dengan
    sepenuhnya.( Waktu yang paling seronok dan kondusif untuk belajar)
6. Sentiasa Bersyukur dan berdoa demi ketenteraman jiwa.

Amalan Harian Pelajar cemerlang

1. Bangun awal pagi mulakan dengan berdoa kepada Tuhan.
2. Mandi dengan bersih.
3. Bersarapan secukup rasa.
4. Datang awal ke kelas untuk pembersihan kelas(jika perlu), yang paling penting
    ialah melihat semua subjek yang dipelajari hari itu. Buat Preview untuk
    topik-    topik yang akan diajarkan oleh guru hari itu.

5. Ketika Sesi Pengajaran dan pembelajaran, bersdia dengan buku yang betul dan
    dan buku catatan untuk mencatatkan semua perkara penting. Khasnya
    pesanan guru serta kerja-kerja rumah dan topik penting yang perlu dirujuk.
6. Bertanya kembali kepada guru jika tidak faham kalau ada kesempatan, jika
    tidak catatkan soalan dan rujuk guru pada masa lapang.(Jangan malu bertanya
    jika ingin maju).
7. Jangan bertangguh dengan kerja-kerja yang diberikan, laksnanakan dengan
    sebaik mungkin.
8. Tamat sesi pembelajaran di kelas, rehat secukupnya, buat kerja rumah pada
    waktu petang sebelum pergi bersukan.
9. Pada waktu malam rujuk jadual belajar harian dan sediakan buku serta  
    peralatan belajar yang betul, mula belajar pada masa yang ditetapkan.(
    Paling Sesuai 7.30pm - 10.00pm)
 
10. Tidur sekitar jam 10.30 pm, untuk rehat yang cukup dan manjamin kesegaran
      bangun pagi.( Sebelum tidur doa untuk bersyukur kerana semua apa yang
      berlaku diberkatiNya)


Tips-Tips Tambahan.

1. Belajar awal pagi sekitar jam 5.00 - 6.00 pagi adalh amat kondusif.
2. Ketika belajar amalkan, membuat nota ringkas dalam buku kecil.(Buku 555)
3. Sediakan satu buku kecil untuk satu subjek bagi membuat nota ringkas dan
    mencatatkan formula.
4. Buku kecil boleh dibawa kemana-mana untuk dibaca dan dihafal.
5. Banyak membuat latihan dan menjawab soalan-soalan tahun lepas adalah
    sangat baik diamalkan. Bertanya kepada guru jika perlu.
6. Bina satu kumpulan belajar (Study Group) jumlah ahli 4-5 orang dan cari
    seorang mentor(guru) yang senang didekati untuk merujuk sebarang kesulitan.
7. Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang nakal dan bersosial yang
    kerterlaluan agar pelajar tidak mengalami gangguan mental dan psikologi.
8. Jika mengalami kebuntuan sila hadir untuk sesi kaunseling bersama GKSM.

Amat sukar untuk memulakan sesuatu yang baru, namun jika sudah berusaha dengan gigih, Alah Bisa Tegal Biasa. Disiplin Diri adalah kunci segalanya.

sekian, Terima kasih dan jumpa lagi dalam tips-tips yang akan datang.

« Last Edit: March 05, 2010, 08:21:33 AM by Cikgu Kullin » Logged

UBK SMKE : Anda Diterima Tanpa Syarat
Cikgu Chong YL
Teacher SMKE
Hero Member
*
Offline Offline

Posts: 1029



View Profile Email
« Reply #1 on: March 05, 2010, 09:22:53 AM »

Semua guru, pelajar dan bekas pelajar diminta berkongsikan pengalaman menjadikan pelajar cemerlang. Cheesy Cheesy

Logged
Pages: [1] Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  


Login with username, password and session length

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.17 | SMF © 2006-2008, Simple Machines Valid XHTML 1.0! Valid CSS!