Welcome, Guest. Please login or register.
April 16, 2014, 09:22:26 PM
Home Help Search Calendar Login Register
News: SMF - Just Installed!

+  smkengkilili.com
|-+  Subjects
| |-+  Elective Subject
| | |-+  ICT
| | | |-+  Panel ICT
| | | | |-+  2010
| | | | | |-+  MINIT MESYUARAT PANITIA ICT 1/2010
0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: MINIT MESYUARAT PANITIA ICT 1/2010  (Read 2548 times)
Cikgu Aneza
Teacher SMKE
Full Member
*
Offline Offline

Posts: 120


Celik Insan Kerana Guru Unggul -> CIKGU

aniza.yusup
View Profile Email
« on: January 05, 2010, 10:48:53 AM »

Tarikh: 04/01/2010
Waktu: 0700 am
Tempat: Makmal Komputer

Agenda:  

1. Kata-kata aluan pengerusi
2. Sukatan pelajaran dan Aktiviti P & P
3. Penggunaan  makmal komputer
4. Kerja Kursus pelajar
5. Aktiviti panitia
6. Hal-hal lain



1.0 Kata-kata aluan pengerusi :

1.1 Pengerusi mengingatkan para guru agar memberikan arahan kepada para pelajar untuk menjaga kebersihan makmal dan menyusun kerusi selepas P & P. Guru juga diingatkan untuk membuat backup bagi semua kerja kursus pelajar.

2.0 Sukatan pelajaran dan Aktiviti P & B


2.1 Sukatan telah disediakan oleh pengerusi. Rancangan Tahunan akan disediakan oleh Cikgu Hiew dan Cikgu Aniza.

Tindakan : Cikgu Hiew Cikgu Aniza
2.2 Teori akan diajar terlebih dahulu kemudian diikuti oleh praktikal.
2.3 Kerja kursus dilakukan secara individu.
2.4 Buku teks pelajar akan disediakan kemudian.
2.5 Pelajar dikehendaki menyediakan buku nota atau latihan untuk kelas ICT.
2.6 Kelas 5 Sains kurang waktu P & P sebanyak 2 masa dan akan digantikan dengan menggunakan masa sit-in dan kelas waktu petang.

3.0 Penggunaan Makmal Komputer

3.1   Penggunaan komputer di makmal ICT pada waktu petang akan diteruskan dan akan dipantau oleh juru teknik makmal serta pengawas yang ditugaskan
3.2   Sistem kad untuk menempah penggunaan komputer pada waktu petang akan dilaksanakan secepeat mungkin.
3.3   Jadual penggunaan untuk setiap kelas dilaksanakan berdasarkan jadual tahun 2009

Tindakan : Juru Teknik dan Pengawas

4.0 Kerja Kursus Pelajar

4.1   Pentaksiran Tingkatan 4 akan meliputi tajuk Tingkatan 5 (Immersive Multimedia). Pentaksiran Tingkatan 5 perlu disiapkan sebelum bulan Julai.
4.2   Pentaksiran PC Assembling dan Windows XP Installation akan dimulakan awal.

Tindakan : Guru ICT

5.0 Aktiviti Panitia

5.1 Kelas tambahan untuk pelajar Tingkatan 5 akan bermula pada bulan Januari.
5.2 Pengemaskinian Portal Sekolah akan diteruskan dengan lebih aktif. Pelajar dikehendaki mendaftar sebagai ahli portal sekolah dan digalakkan untuk menggunakan kemudahan Intranet serta Forum.
5.3 AJK Pengurusan makmal akan ditubuhkan.
5.4 Minggu ICT dan MPV akan diadakan pada bulan April.
5.5 Penggunaan Papan Kenyataan makmal ICT akan diaktifkan.

Tindakan : Guru ICT dan Guru MPV

6.0   Hal-hal lain
6.1 Kursus dalaman  berkaitan dengan komputer akan dilaksanakan dari semasa ke semasa
6.2 Projek ‘Save Our World’ akan diteruskan.

Tindakan : Guru ICT




Disediakan oleh :                                    

ANIZA BINTI YUSUP    



 Disemak oleh :

Chong Yiew Lung                                                        

« Last Edit: January 05, 2010, 10:51:35 AM by Cikgu Aneza » Logged

i am still learning...
Pages: [1] Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  


Login with username, password and session length

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.17 | SMF © 2006-2008, Simple Machines Valid XHTML 1.0! Valid CSS!